Tuesday, July 13, 2010

EPISOD 1

Semua mahasiswa/mahasiswi tahun 4 yang menuntut di fakulti pendidikan dikehendaki menyiapkan kerja kursus, juga lebih dikenali sebagai Latihan Ilmiah atau Tesis pada tahun akhir (tahun 4) semester pertama. setelah senarai nama pelajar dan pensyarah ditampal di papan kenyataan, saya telah mengetahui pensyarah yang akan menyelia saya untuk latihan ilmiah ini ialah Dr. Hajah Siti Fatimah Mohd Yassin. Langkah pertama yang saya dan rakan-rakan lain di bawah seliaan Dr. Hajah Siti Fatimah perlu buat ialah memasuki group GGGE 4013 Latihan Ilmiah di Facebook. kami akan mendapat apa-apa maklumat di dalam group tersebut. perjumpaan kali pertama bersama dengan Dr. Hajah Siti Fatimah ialah pada 7 April 2010.




No comments:

Post a Comment