Sunday, November 7, 2010

(",)

EPISOD 3

Alhamdulillah selesai sudah tugasan yang diberikan pada saya dan rakan-rakan iaitu untuk membangunkan blog P&P dan penulisan yang berkaitan dengannya. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelia iaitu Dr. Hajah Siti Fatimah Mohd Yassin atas teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya. Jasa kalian amat saya hargai. Diharapkan blog P&P ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang memerlukan.

Saturday, July 17, 2010

EPISOD 2

Selepas perjumpaan kali pertama, saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki untuk membuat blog berasaskan proses P&P yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Kami diminta untuk membuat 4 blog yang mengandungi Laman P&P, Maklumat Peribadi, Penilaian Web dan Refleksi. Saya baru memulakan tugas untuk membuat blog ni bila kembali semula ke UKM selepas menjalani praktikal di sekolah:). Masa praktikal tak sempat nak wat blog.. Untuk membuat blog ni saya melalui berbagai kepayahan dan kesukaran sebab sebelum ni saya tak pernah langsung terlibat dalam membuat blog^.^...Alhamdulillah, dengan bantuan seseorang saya dah ada 4 blog dan akan mengisi blog saya dari masa ke semasa dengan sempurna. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan rakan-rakan yang lain untuk membuat tugasan kami ini...amin~~










Tuesday, July 13, 2010

EPISOD 1

Semua mahasiswa/mahasiswi tahun 4 yang menuntut di fakulti pendidikan dikehendaki menyiapkan kerja kursus, juga lebih dikenali sebagai Latihan Ilmiah atau Tesis pada tahun akhir (tahun 4) semester pertama. setelah senarai nama pelajar dan pensyarah ditampal di papan kenyataan, saya telah mengetahui pensyarah yang akan menyelia saya untuk latihan ilmiah ini ialah Dr. Hajah Siti Fatimah Mohd Yassin. Langkah pertama yang saya dan rakan-rakan lain di bawah seliaan Dr. Hajah Siti Fatimah perlu buat ialah memasuki group GGGE 4013 Latihan Ilmiah di Facebook. kami akan mendapat apa-apa maklumat di dalam group tersebut. perjumpaan kali pertama bersama dengan Dr. Hajah Siti Fatimah ialah pada 7 April 2010.